Thursday 8 November 2018

9.11.2018 (1Rabiulawwal1440H) SOLAT SUBUH BERJEMAAH

Diimami oleh Imam 1, Ustaz Raja Azlan Shah Raja Ahmad. Permulaan bacaan Al-Quran Solat Subuh (kali ke 5). Marilah kita sama-sama mengamalinya sekurang-kurangnya sehari 2 mukasurat mushaf Al-Quran. Jom kita mulakan pada hari ini 1 Rabiulawwal 1440H. Juga sebagi tanda kecintaan kita kepada Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

Hari ini hari Jumaat 1 Rabiulawwal 1440H bersamaan 9.11.2018. Kita mulakan hari ini dengan amalan kebaikan.
Persiapan Solat Subuh Jumaat Berjemaah. Azan dikumandangkan 2 kali, apabila masuk waktu Subuh dan kira-kira 1/2 jam sebelum masuk waktu Subuh.
Solat Sunat 2 rakaat sebelum Solat Fardu Subuh membawa ganjaran yang besar ...'lebih baik daripada dunia dan isinya'
 


Pada hari Jumaat Imam membaca Surah Sajadah... dengan kehadiran Sujud Tilawah.



Bersama Imam berwirid dan berdoa kerana fadhilatnya terlalu besar.
Keindahan alam anugerah Ilahi



No comments:

Post a Comment