Wednesday 22 June 2016

22/6/2016: kuliah zohor sempena cuti nuzul quran

ceramah disampaikan oleh ustaz hj saharuddin mubin.



Ustaz Shaharudin Mubin 22 Jun 2016
Kuliah Zohor Masjid Kg Pulau Serai

Tajuk: Nuzul alQuran

Dari Anas bin Malik ra Nabi saw berkata;
"Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat. setahun dirasakan seperti sebulan. sebulan dirasakan seperti seminggu. seminggu dirasakan seperti sehari. sehari dirasakan seperti sejam. sejam dirasakan seperti satu petikan api".
(hadis riwayat Tirmizi)

Seorg ulama Al Karmani berkata sebenarnya masa tidak berubah tetapi Allah telah tarik keberkatan masa kerana manusia disibukkan dgn dunia. 

apakah alQuran? 
Dpd kata seorg ulama Dr Subhi Soleh bahawa alquran ini adalah kata2 Allah yg muiz (yg bermukjizat), kata2nya almutawatir (tiada keraguan), dan
menjadi ibadat pada brg siapa yg membacanya. 

mukjizat ada 2;
(1) mukjizat hisi- mukjizat yg nampak
(2) muljizat maknawi - tak nampak di mata tp nampak bila kaji (alQuran)

Pada alQuran pada sifat kalam Allah ada 5 takluk (kerja) dia yakni aldalalah (pernyataannya) - 
(1) amar (perintah)
dlm ayat alQuran ada 3 perkara yg ada hubungkait yakni solat & zakat; taat Allah & Rasul; syukur pada Allah & ibubapa- tidak diterima padanya amalan jika tiada salah satunya.

(2) nahi (tegahan) - jauhi perkara yg dimurkai Allah cth jauhi zina, jgn mkn harta anak yatim dsb

(3) al-athar (kisah2/ cerita2) - sbg pedoman dan tauladan umat terkemudian cth cerita firaun, kaum luth, kisah namrud dsb

(4) wa'ad- (janji2 baik) - syurga sbg ganjaran

(5) wa'id- (janji2 buruk) - neraka sbg balasan - azabun azim, syadid, alim (azab yg pedih, teruk dsb tiada yg ringan)

Ramadhan adalah bulan tarbiah. Puasa bukan sekadar menahan lapar di siang harinya dan terawih pada malamnya.

Bertarawih sbg adat punca masjid semakin kurang makmun. Puncanya rasa malas apabila kekenyangan selepas berbuka.

.........catatan oleh Abu Asyraf........

Tuesday 21 June 2016

22/6/16: kuliah suboh sempena cuti umum nuzul quran


Ustaz Badrul Husaini 22 Jun 2016
Kuliah Subuh Masjid Kg Pulau Serai

Kuliah Ramadhan
- Ramadhan tidak dpt berpisah dgn alQuran
- Nabi bertadarus dgn Jibrail as di bulan Ramadhan
- ada 2 yg dtg memberi syafaat pada hari kiamat
(1) syafaat nabi saw
(2) alQuran yg dibaca
- dari kitab bahrul mazi yakni malam alqadar bermula dari jatuh matahari (maghrib) hingga terbit matahari (suboh)
- segala ibadat pada mlm tersebut melebihi pahala 1000 bulan (lebih baik dari 1000 bulan)
- sabda nabi rumah yg di dlmnya dibaca alquran, rumah ini cerah terang benderang pada pandangan malaikat rahmat. rumah yang di dlmnya tidak dibacakan alquran, rumah ini gelap gelita pada pandangan malaikat rahmat.
- alQuran adalah perlembagaan. kandungan alQuran merupakan perintah Allah yang perlu diikut.
- Nabi sebut org yg berpuasa ada 2 kegembiraan yakni;
(1) ketika berbuka
(2) ketika bertemu tuhannya
- menurut ulama berbuka puasa ada 2; (1) ketika masuk maghrib
(2) ketika hari raya
- kesilapan pada hari raya;
(1) bersalam lelaki perempuan bukan mahram walaupon berlapik
(2) ziarah kubor bukan termasuk program hari raya. hari raya hari ziarah org hidup
(3) hari raya hari bergembira bukan hari bersedih
(4) ziarah kubor tiada manafaat pada org yg mati kecuali bermanafaat kpd yg hidup sbg peringatan.
(5) org yg mati terputus hubungan dgn dunia kecuali amal jariah (sedekah dgn niat kpd simati) dan doa kepada simati
(6) hari raya ziarah rumah manusia bkn rumah binatang (zoo)
- kerjakan puasa 6 sbb pahalanya seumpama puasa setahun
- pada 10 terakhir ramadhan pertingkatkan amalan seumpama pecutan terakhir.....

catatan oleh Abu Asyraf.

Ramadhan juga di kenali sebagai bulan :
       -  Tarbiah
       -  Al-qadar
      -  sedeqah
      -  Al-mubarak
      -  Al- kareem
      -  ada beberapa lagi
       
catatan oleh tn shafie.

Friday 17 June 2016

tazkirah mlm ke 12 dan 13 ramadhan

penyampai tazkirah malam ke 13 en azman jabar

penyampai tazkirah mlm ke 12 oleh en shahril.

 sesi moree...







Sunday 12 June 2016

Saturday 11 June 2016