Wednesday 22 June 2016

22/6/2016: kuliah zohor sempena cuti nuzul quran

ceramah disampaikan oleh ustaz hj saharuddin mubin.



Ustaz Shaharudin Mubin 22 Jun 2016
Kuliah Zohor Masjid Kg Pulau Serai

Tajuk: Nuzul alQuran

Dari Anas bin Malik ra Nabi saw berkata;
"Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat. setahun dirasakan seperti sebulan. sebulan dirasakan seperti seminggu. seminggu dirasakan seperti sehari. sehari dirasakan seperti sejam. sejam dirasakan seperti satu petikan api".
(hadis riwayat Tirmizi)

Seorg ulama Al Karmani berkata sebenarnya masa tidak berubah tetapi Allah telah tarik keberkatan masa kerana manusia disibukkan dgn dunia. 

apakah alQuran? 
Dpd kata seorg ulama Dr Subhi Soleh bahawa alquran ini adalah kata2 Allah yg muiz (yg bermukjizat), kata2nya almutawatir (tiada keraguan), dan
menjadi ibadat pada brg siapa yg membacanya. 

mukjizat ada 2;
(1) mukjizat hisi- mukjizat yg nampak
(2) muljizat maknawi - tak nampak di mata tp nampak bila kaji (alQuran)

Pada alQuran pada sifat kalam Allah ada 5 takluk (kerja) dia yakni aldalalah (pernyataannya) - 
(1) amar (perintah)
dlm ayat alQuran ada 3 perkara yg ada hubungkait yakni solat & zakat; taat Allah & Rasul; syukur pada Allah & ibubapa- tidak diterima padanya amalan jika tiada salah satunya.

(2) nahi (tegahan) - jauhi perkara yg dimurkai Allah cth jauhi zina, jgn mkn harta anak yatim dsb

(3) al-athar (kisah2/ cerita2) - sbg pedoman dan tauladan umat terkemudian cth cerita firaun, kaum luth, kisah namrud dsb

(4) wa'ad- (janji2 baik) - syurga sbg ganjaran

(5) wa'id- (janji2 buruk) - neraka sbg balasan - azabun azim, syadid, alim (azab yg pedih, teruk dsb tiada yg ringan)

Ramadhan adalah bulan tarbiah. Puasa bukan sekadar menahan lapar di siang harinya dan terawih pada malamnya.

Bertarawih sbg adat punca masjid semakin kurang makmun. Puncanya rasa malas apabila kekenyangan selepas berbuka.

.........catatan oleh Abu Asyraf........

No comments:

Post a Comment