Ustaz Zaidi 30 Julai 2016
Kuliah Subuh Masjid Kg Pulau Serai
Tajuk: Golongan yg dihisab
Mahkamah yg paling adil ialah mahkamah Allah di hari kiamat (yaumil hisab)
3 kategori manusia di hari kiamat: berdasar hadis dari aisyah ra:
1) Golongan yg dikira amalannya satu-persatu
- yakni golongan yg pasti diazab Allah swt di neraka
- setelah habis diazab baru dimasuk ke syurga Allah swt
2) Golongan yg hisabnya lebih ringan yakni golongan yg mendapat araq (alif-ra-kaf)
- araq bermaksud tayang/bentang
- yakni Allah swt akan tayang semua amalannya ketika hidup lalu kemudiannya diampun segala dosa lalu terus di masuk ke syurga tanpa hisab
3) Golongan yg tidak dihisab oleh Allah
- sahabat nabi ukasyah merupakan yang pertama dimasuk syurga tanpa hisab selepas diperkenan doa nabi saw
- lalu sabda nabi tidak ada lagi selepas
ukasyah yakni tidak ada lagi sahabat yg didoakan nabi sehingga hari kiamat
Golongan ke-3 menurut nabi saw akan dikategori selepas kiamat.
- sabda nabi saw "akan masuk syurga umatku 70 ribu tanpa hisab dan tanpa azab, setiap seribu darinya ada 70 ribu"
- menurut perkiraan ulama' jumlah yang dikira adalah 400 juta 900 org
- walaubagaimanapun jumlah sebenar hanya Allah yang tahu
SIFAT2 manusia utk mencapai perkara tersebut ada 4:
sabda nabi saw..
"Tidak masuk golongan-3 org yang berikut: .. "
SIFAT 1 "la-yaftarun" - sejenis perubatan mengguna besi panas (kai) kaf-ya
- kaedah perubatan ini dilarang oleh nabi
- org yg mengamal kai tidak akan masuk golongan ke-3
SIFAT 2 "wala-yastatun" - kaedah perubatan yg betentangan dgn syarak (sihir dsb)
- tinggalkan kaedah perubatan yang ada unsur syirik
SIFAT 3 "wala-yatatoyyarun" - guna burung atau binatang untuk menentu nasib
- kepercayaan kepada apa-apa yang membawa mudharat kepada manusia (kaedah tasya-un)
SIFAT 4 "wa'ala rabbihim yatawakkalun"
- hanya org yg bertawakkal masuk dlm golongan yang ke-3
Maka berdoalah supaya tidak dihisab dan diazab kerana tidak ada kesusahan/kegelapan yg paling sukar di hari kiamat melainkan pada hari dihisab
wallahu'alam.
oleh: Abu Ashraf, Kg Pulau Serai.
No comments:
Post a Comment