Thursday, 22 December 2016

22/12/16: Majlis khatam quran

Majlis Khatam Al Quran
22 Disember 2016
Tentatif :
- Solat Maghrib
- Khatam Al Quran
- baca bersama   bedasarkan buku khatam
- Tahlil n doa selamat
- Isyak
- Jamuan






Tuesday, 11 October 2016

10/10/2016: Ceramah khas hijrah dari riba

Kuliah khas: HIJRAH DARI RIBA
Disampaikan oleh Ustaz Mohd Hafiz Mohd Fauzi





Saturday, 30 July 2016

30/7/2016: KULIAH SUBOH PAGI AHAD OLEH USTAZ ZAIDI

Ustaz Zaidi 30 Julai 2016
Kuliah Subuh Masjid Kg Pulau Serai

Tajuk: Golongan yg dihisab

Mahkamah yg paling adil ialah mahkamah Allah di hari kiamat (yaumil hisab)
3 kategori manusia di hari kiamat: berdasar hadis dari aisyah ra:

1) Golongan yg dikira amalannya satu-persatu
- yakni golongan yg pasti diazab Allah swt di neraka
- setelah habis diazab baru dimasuk ke syurga Allah swt

2) Golongan yg hisabnya lebih ringan yakni golongan yg mendapat araq (alif-ra-kaf)
- araq bermaksud tayang/bentang
- yakni Allah swt akan tayang semua amalannya ketika hidup lalu kemudiannya diampun segala dosa lalu terus di masuk ke syurga tanpa hisab

3) Golongan yg tidak dihisab oleh Allah
- sahabat nabi ukasyah merupakan yang pertama dimasuk syurga tanpa hisab selepas diperkenan doa nabi saw
- lalu sabda nabi tidak ada lagi selepas
ukasyah yakni tidak ada lagi sahabat yg didoakan nabi sehingga hari kiamat

Golongan ke-3 menurut nabi saw akan dikategori selepas kiamat.
- sabda nabi saw "akan masuk syurga umatku 70 ribu tanpa hisab dan tanpa azab,  setiap seribu darinya ada 70 ribu"
- menurut perkiraan ulama' jumlah yang dikira adalah 400 juta 900 org
- walaubagaimanapun jumlah sebenar hanya Allah yang tahu

SIFAT2 manusia utk mencapai perkara tersebut ada 4:

sabda nabi saw..
"Tidak masuk golongan-3 org yang berikut: .. "

SIFAT 1 "la-yaftarun" - sejenis perubatan mengguna besi panas (kai) kaf-ya
- kaedah perubatan ini dilarang oleh nabi
- org yg mengamal kai tidak akan masuk golongan ke-3

SIFAT 2 "wala-yastatun" - kaedah perubatan yg betentangan dgn syarak (sihir dsb)
- tinggalkan kaedah perubatan yang ada unsur syirik

SIFAT 3 "wala-yatatoyyarun" - guna burung atau binatang untuk menentu nasib
- kepercayaan kepada apa-apa yang membawa mudharat kepada manusia (kaedah tasya-un)

SIFAT 4 "wa'ala rabbihim yatawakkalun"
- hanya org yg bertawakkal masuk dlm golongan yang ke-3

Maka berdoalah supaya tidak dihisab dan diazab kerana tidak ada kesusahan/kegelapan yg paling sukar di hari kiamat melainkan pada hari dihisab

wallahu'alam.

oleh: Abu Ashraf, Kg Pulau Serai.

29/7/2016: SAMBUTAN HARI RAYA ED FITRI DAN MAJLIS MERAIKAN BAKAL JEMAAH HAJI












Saturday, 2 July 2016

3/7/16 kuliah suboh pg ahad oleh ust mahmod mat



Ustaz Mahmud Mat 3 Julai 2016
Kuliah Subuh Masjid Kg Pulau Serai

Tajuk: Ceramah akhir Ramadhan

Kenapa nabi sedih bila penghujung ramadhan?
- kata nabi langit dan bumi menangis sbb ramadhan makin meninggalkan kita.
- walhal kita di penghujung ramadhan mula sibuk dan kurang ke masjid.
- org yg nak berjaya di penghujung ramadhan mesti kena istiqomah di dalamnya.

kata imam ata'illah al-iskandari mcmmana nak dpt kejayaan dipenghujung ramadhan? mulakan beribadat kpd Allah drpd awal ramadhan lagi maka penghujungnya akn menjadi baik. 
- bukannya di awal ramadhan biasa2 dan cuma memecut di akhir ramadhan

Di bulan Ramadhan ada 2 benda kena jaga yakni siangnya dan juga malamnya:
- dlm surah muhammad Allah telah memberi petunjuk samada seseorg itu berjaya dalam hidupnya atau tidak pada penghujung hayatnya yakni samada mati dgn azab atau tidak.
- Allah berkata kalau kamu (nabi) Muhammad tengok bagaimana ketika org kafir nak mati datanglah malaikat membelasah muka dan belakang mereka di penghujung hayat mereka tentu kamu tahu betapa dahsyatnya siksaan semasa sakaratul-maut.

"Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka." (Al-Anfal: 50)

“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zhalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat mumukul dengan tangannya, (Sambil berkata): “Keluarkan nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, karena kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatnya”(al-an'am:93)

- ketika Izrail dtg bertemu nabi ibrahim as rupanya adalah seorg pemuda yang cantik katanya itulah rupa bila malaikat bertemu dgn org yg beriman.
- kata ibnu abbas bila Izrail mengunjungi org yg kafir di penghujung hayat maka mukanya berapi dan sangat mengerikan, tubuhnya besar setinggi langit dan bumi.

"Bagaimanakah (keadaan mereka) apabila malaikat (maut) mencabut nyawa mereka seraya memukuli muka dan punggung mereka?" (Muhammad: 27)

"Yang demikian itu karena sesungguhnya mereka mengikuti apa yang menimbulkan kemurkaan Allah dan (karena) mereka membenci (apa yang menimbulkan) keridaan-Nya; sebab itu Allah menghapus (pahala) amal-amal mereka." (Muhammad: 28)

Dalam surah Muhammad: 27-28 Allah berkata kenapa malaikat dtg membelasah manusia?
1) kerana mereka suka buat benda yg Allah marah.
- sedang ibadah puasa kita dah elok dlm redho Allah tapi semasa berbuka kita lakukan benda yang Allah tak suka cth hisap rokok atau kalau perempuan pergi ke bazar ramadhan dgn pakaian yg tidak ikut syarak. ini (antara) penyebab Allah taala azab manusia.

2) kerana mereka (manusia) benci benda Allah suka. cth: qiam di tgh mlm.
3) kerana mereka mencampur aduk antara yg baik dan yang batil. Siangnya berpuasa tapi malamnya buat maksiat. Maka Allah batalkan pahala mereka.
- Inilah yang dimaksudkan org yang berpuasa tapi cuma dpt lapar dan dahaga.

Oleh itu mulai awal ramadhan lagi kita disarankan beribadat secara istiqomah supaya pada penghujungnya (mendapat) takwa dan al-qadar.
- bukan sekadar memilih hari terakhir 10 ramadhan atau selang-seli dgn mlm ganjil semata.

Seorg ulama (sofyan bin uyainah) berkata "bila dtg mlm padaku aku tak mahu mlm2 ku berlalu seperti mlm org dungu. yakni mlm mereka dihabiskan begitu shj dan siangku pula tak mahu jadi siang org yg jahil. Tidak bermakna semua yang aku belajar kalau siang dan malam ku dihabiskan begitu saja."

- kata Umar ra "bila ramadhan berlalu maka hak semalam bukan lagi hak kita maka berbuatlah sebaiknya hak sekarang"

- sesiapa yg berjaya dlm ramadhan ini maka terbaiklah baginya.
- graf ibadat nabi menaik di penghujung ramadan. kata aisyah ra "nabi bila penghujung ramadhan dia mula menghidupkan mlm"
- kejutkan keluarga utk bersama2 beribadat mlm.

Firman Allah: manusia byk kehendaknya. aku pun ada kehendak. tidak akan berlaku kecuali semua ikut kehendak aku. maka tunduklah pada aku. kalau kamu tak tunduk pada aku, aku akan susahkan kamu.

- di penghujung ramadhan kata ulama: "ketatkan kain-mu"
- pada penghujung ramadhan kita akan dpt tanda2 amalan diterima Allah swt manakala buktinya dapat kita lihat pada hari raya.

Sebuah kisah di zaman khalifah Umar abd aziz semasa khalifah berjalan di hari raya melihat ramai kanak2 berpakaian baru dan bermain dgn gembira maka terlihat seorg budak dgn pakaian buruk sedang bersedih. maka khalifah merasa sedih kerana madih ala lagi si miskin dizamannya.. lalu khalifah berkata "wahai budak, jangan bersedih. Umar akan berikan baju baru untukmu". Maka dibalas budak tersebut "wahai khalifah, aku bukan bersedih sbb pakaianku yang buruk, tapi aku susah hati dan kecewa apabila tgk di hari raya ramai yg bergembira dalam kemaksiatan. aku takut Allah tarik balik redhonya oleh sbb itu".

- maknanya ramadhan yg tak diterima Allah adalah sbb telah ditarik redha allah atas perbuatan maksiat di penghujungnya.
- kita mmg patut bergembira di hari raya sbb kata nabi Allah telah gantikan 2 hari bersukaria org2 jahiliyah dgn aidilfitri dan aidiladha. maka tak perlu berhari raya sehingga 30 hari.
- hari raya juga melambangkan benda yg kita buat di bulan ramadhan. Ia menunjukkan siapa yg telah menang dan siapa yg tewas.

Aidilfitri - bermaksud kembali kepada asal. yakni kembali kpd suci bersih sbb allah dah bebaskan dpd neraka (ifkun mina nar).
- maka pakailah pakaian yg suci dan bersih pada hari raya.
- nabi berpesan pada mlm hari raya beriya-iyalah kamu bagi sedekah dan berbuat kebaikan. 
- bertakbir, bertahmid dan mendgr khutbah hari raya selepas solat hari raya sbb pada hari tu Allah bersedia utk memakbulkan kehendak kamu.
- suami isteri dan keluarga jgn bergaduh pada hari raya. pandanglah keluarga dgn kasih syg kerana Allah memandang hambanya dgn kasih syg.
- bersalamam sesama keluarga dan saudara, isteri minta maaf dgn suami, anak2 mintak maaf dgn ibubapa sejak mlm sblm raya lagi dgn seikhlas hati.
- maka benarlah kata org tua2 sesiapa yg tak berpuasa maka tidak dpt berhari raya yakni dalam maksud tidak mendapat berhari raya dlm redho allah.

wallahu'alam